MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERADUAN MENULIS CERPEN KREATIF BAHANA DBP-BSP 2011, PERADUAN MENULIS RENCANA, PERADUAN MEREKA BENTUK POSTER, PERADUAN MENULIS KERTAS PENYELIDIKAN DALAM TIGA BIDANG (BAHASA, SASTERA DAN BUDAYA), DAN PERTANDINGAN BLOGSPOT BERBAHASA MELAYU SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS PENUBUHAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (1961-2011) yang diadakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dan diungkayahkan oleh Bahagian Perancangan Majalah dan Jurnal akan berlangsung pada Hari Sabtu, 16 Zulhijah 1432/12 November 2011 bertempat di Balai Sarmayuda Dewan Bahasa dan Pustaka, Lapangan Terbang Lama Berakas. Para penulis, penggiat sastera dan orang ramai yang telah menerima jemputan dipersilakan hadir. Kepada orang ramai yang berminat untuk menghadirkan diri pada hari tersebut, sila hubungi urus setia di talian 2382511 sambungan 139 dan 162. Kehadiran abiskita amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Atur Cara
8.30 pagi
Peserta dan Jemputan Hadir
Ú
9.00 pagi
Tetamu Kehormat Hadir
Ú
Bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat
Ú
Ucapan Pengerusi Bersama
Yang Mulia Dayang Hajah Aminah binti Haji Momin
Pemangku Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka
Ú
Ucapan Tetamu Kehormat
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja
Dato Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah
Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan
Ú
Persembahan Bacaan Sajak
Ú
Laporan Penyelaras Panel Hakim Peraduan Menulis Cerpen
Hadiah Kreatif Bahana DBP-BSP 2011
Ú
Laporan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Peraduan
Ú
Persembahan Sadaman
Ú
Penyampaian Hadiah dan Cenderamata
Ú
Jamuan
Ú
Pameran
Ú
Bersurai