MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERADUAN MENULIS KARANGAN MAJALAH MEKAR-JUARA PELAJAR DBP 2011 SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS PENUBUHAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (1961-2011) yang diadakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dan diungkayahkan oleh Bahagian Perancangan Majalah dan Jurnal akan berlangsung pada Hari Sabtu, 22 Zulhijah 1432/19 November 2011 bertempat di Balai Sarmayuda Dewan Bahasa dan Pustaka, Lapang...an Terbang Lama Berakas. Para pelajar, guru-guru, penulis dan orang ramai yang telah menerima jemputan dipersilakan hadir. Kepada orang ramai yang berminat untuk menghadirkan diri pada hari tersebut, sila hubungi urus setia di talian 2382511 sambungan 139 dan 162. Kehadiran abiskita amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Atur Cara
8.00 pagi
Peserta dan Jemputan Hadir
Ú
8.30 pagi
Tetamu Kehormat Hadir
Ú
Nyanyian Lagu Junjung Bahasa
Ú
Bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat
Ú
Ucapan Pengerusi
Dayang Hajah Sariani binti Haji Ishak
Ketua Bahagian Perancangan Majalah dan Jurnal
Ú
Ucapan Tetamu Kehormat
Awangku Abdullah bin Pengiran Haji Tengah
Timbalan Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi)
Kementerian Pendidikan
Ú
Nyanyian lagu Tema Mekar-Juara Pelajar
Ú
Persembahan Tarian
Ú
Penyampaian Hadiah dan Cenderamata
Ú
Jamuan
Ú
Bersurai