Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Bahagian Perancangan Majalah dan Jurnal merupakan salah satu bahagian yang memegang teraju utama dasar pelaksanaan Dewan Bahasa dan Pustaka Negara Brunei Darussalam. Ia berperanan dalam menerbitkan majalah-majalah yang bercitrakan kanak-kanak, remaja, pencinta sastera dan bahan bacaan umum. Justeru Mekar, Juara Pelajar, Bahana dan Beriga begitu sinonim dengan bahagian ini. Selain keempat-empat majalah tersebut, Jurnal Undang-Undang Syariah dan Sivil juga merupakan tanggungjawab Bahagian Perancangan Majalah dan Jurnal dengan kerjasama Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA).



Bahagian ini sentiasa mengalu-alukan sumbangan karya daripada penulis-penulis, pensyarah, mahasiswa-mahasiswi, pelajar-pelajar dan sesiapa sahaja yang berminat dalam bidang penulisan sama ada kreatif dan non-kreatif. Semua sumbangan bolehlah di hantar ke alamat berikut:



Emel:
editor_mekar@brunet.bn

editor_juara@brunet.bn

editor_bahana@brunet.bn

editor_beriga@brunet.bn



Alamat: Dewan Bahasa dan Pustaka

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan

Lapangan Terbang Lama, Berakas BB3510

Negara Brunei Darussalam



Tel: +673 2 382511

sambungan 139, 140,141,142,143,148 dan 221





SEKUBIT INFO


MAJALAH PELAJAR PEMBAWA SEMANGAT BARU

MAJALAH MEKAR

Majalah ini memuatkan rencana khusus untuk bahan bacaan kanak-kanak di negara ini. Nama "Mekar" dipilih memandangkan ia lebih melambangkan perkembangan, keriangan, dan pertumbuhan kanak-kanak yang sihat.



Diterbitkan sebulan sekali dengan harga $1.50 senaskah.








INSPIRASI PELAJAR NEGARA

MAJALAH JUARA PELAJAR

Nama Juara Pelajar dipilih untuk membina semangat dan motivasi dalam mencapai pembelajaran dan pengajaran yang cemerlang. Memuatkan rencana khusus untuk para pelajar sekolah menengah bawah dan menengah atas yang diisi dengan pelbagai ruangan menarik.Diterbitkan dua bulan sekali dengan harga $2.00 senaskah.








WADAH HATI NURANI PENULIS KREATIF

MAJALAH BAHANA

Majalah ini memuatkan karya-karya kreatif dan non-kreatif kesusasteraan penulis dalam dan luar negara. Ia diterbitkan sebulan sekali dengan harga $3.00 senaskhah.